Sabtu, 4 Mei 2019

KEPIMPINAN & ORGANISASI

Utusan Online, Oktober 2015


Keratan di atas diperoleh daripada Utusan Online yang bertajuk "Kempimpinan Berkesan Dalam Organisasi Sekolah". Tajuk keratan akhbar Utusan Online ini amat berkaitan dengan topik keempat dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Kepimpinan & Organisasi. 

     Dalam keratan tersebut kelihatan Menteri Besar, Dato Seri Mohamad Hassan menghadiri Majlis Temu Mesra Sekolah Menengah Tungku Ampuan Durah (STAD) di Seremban, Negeri Sembilan. Ketika berucap dalam majlis itu, Dato Seri Mohamad Hassan menjelaskan, menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. Sesebuah sekolah itu harus diurustadbir dengan baik. Caranya semestinya menerusi kepimpinan atau organisasi yang baik serta berkesan.

     Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesbuah organisasi. Menurut Tannenbaun dan Schmidt (1958) dalam Nursya'bani Purnama (2003), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Beliau mencadangkan seseorang pemimpin hendaklah memikirkan tiga daya pengerak sebelum memilih sesuatu haya kepimpinan iaitu daya pengerak dalam pemimpin, daya pengerak dalam diri pekerja atau pengikut, dan daya pengerak berdasarkan situasi. Bermakna dalam konteks sokolah seseorang pemimipin perlu mebuat jangkaan tentang gaya yang bakal digunakan supaya guru-guru di sekolah dapat bekerja dengan berkesan terutama bagi memastikan misi dan visi Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) dapat direalisasikan. Misalnya jika menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, guru-guru perlu bekerjasama dan berkongsi fikiran, penegalaman dan kepakaran dalam mengurus panitia yang dianggap sebagai medan menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dan meningkatkan motivasi mereka.

     Justeru, melalui perbincangan di atas kepimpinan dan organisasi yang sistematik di sekolah begitu penting bagi melancarkan semua gerak kerja dalam sesebuah sekolah. Kepimpinan dan organisasi yang teratur juga memberi impak terhadap kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah.

 

Jumaat, 3 Mei 2019

KAJIAN PENGURUSAN & PEMBELAJARAN


Pengurusan? 💭👇

Pengurusan merupakan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1884). Menurut Robins (1984), pengurusan merupakan satu proses mendapatkan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Antara kepentingan pengurusan adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendpatkan keredaan Tuhan. 

     Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan yang aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden, 2003). Dalam pengurusan bilik darjah terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran, tingkah lau dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan kepada guru, bahan, dan pelajar. Strategi berpusatkan guru adalah satu strategi di mana guru menguasai proses pengajaran dan pembalajaran contohnya kuliah, penghafalan, menyalin nota dan membuat latihan yang diberi oleh guru. Manakala strategi berpusatkan bahan pula guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, peralatan saintifik dan lain-lain untuk menjalankan pengajaran. Strategi pengurusan pembelajaran yang berpusatkan pelajar pula pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. 


 

     Pengurusan sekolah pula mempunyai organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Kumpulan sasarannya juga manusia seperti kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi, dan sosial.Pengurusan sekolah mengandungi pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan sumber,pengurusan tingkah laku/disiplin, pengurusan penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyarakat, dan pengurusan kokurikulum.

     Menurut Shahabuddin et al., (2006), prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah.Antara prinsip pembelajaran adalah kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid, dan unsur dorongan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar adalah kematanagn fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran, dan pengalaman sedia. Terdapat dua jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat yang melibatkan usaha mengenal ransangan, mengelaskan ransangan, membina konsep dan membina prinsip. Proses pembelajaran dimulakan dengan penanggapan iaitu membentuk persepsi terhadap ransangan diterima pancaindera. Matlamat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekirangnya berguna. Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat. Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang akan dilupakan. Sekiranya pengalaman tersebut diproses selalu ditokok tambah dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan.


Sekian...😦😵

Khamis, 2 Mei 2019

INTERAKSI & PEMBELAJARAN


Sosialisasi merupakan satu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga atau budaya. 

     Sosialisasi terbahagi kepada tiga jenis sosialisasi normal iaitu primer/permulaan, sekunder/penyertaan, dan resosialisasi.  Sosialisasi primer adalah proses pembelajaran yang berlaku dalam keluarga misalnya, kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran, motor, dan penaakulan. Seterusnya sosialisasi sekunder adalah proses pembelajaran yang berlaku di luar lingkungan keluarga misalnya, pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti  rakan sebaya, guru dan media massa. Manakala resosialisasi pula merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai yang sedia ada. Dalam pendidikan di Malaysia , sosialisasi adalah matlamat utama di mana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. 

     Interaksi dan pembelajaran dinamika dalam bilik darjah amat patut dititikberatkan. Dalam dinamika kumpulan, guru berperanan mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Guru patut memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan dan membimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini. 


 


Konsep interaksi 😕👭👬

Interaksi adalah proses saling bertindak /berhubung antara dua atau beberapa pihak. Misalnya, interaksi dua pihak adalah interaksi seorang guru dengan seorang muridnya manakala interaksi beberapa pihak seperti interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Konsep interaksi juga terbahgi kepada dua iaitu interaksi lisan dan bukan lisan. 

Terdapat tiga jenis utama interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan

Interaksi Sehala/Pasif
 Interaksi sehala menggunakan gaya kepimpinan aktiviti pembeljaran secara AUTOKRATIK kerana pembelajaran berpusat kepada guru. Guru sebagai penyampai maklumat tetapi murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain. Jenis interaksi ini kurang berkesan jika diamalkan semasa P&P tetapi sesuai untuk memberi arahan/taklimat kepada murid.

Interaksi Dua Hala
Interaksi dua hala berlaku penyertaan murid dalam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru akan bertanya kepada murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid juga akan betanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran. Tetapi interaksi antara murid-murid tidak berlaku.

Interaksi Kumpulan
Interaksi kumpulan pula menggunakna gaya kepimpianan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK. Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Guru bertindak sebagai fasilitator dan murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini dapat mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran dan tolong-menolong. Interaksi ini sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan.

SOSIOLOGI & PEMBELAJARAN




SOSIOLOGI?...😕

Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya Positive Philosophy. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin "sosio" bermaksud "berkongsi". Dalam erti kata lain istilah sosiologi bermaksud kajian sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir hassan, 2002). Antara tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun. Auguste Comte, Karl Max, Emile Durkheim, max Weber dan George Herbert Mead.

     Perspektif sosiologi terbahagi kepada dua iaitu mikro dan makro. Mikro adalah bersifat kecil dan individu manakala makro adalah bersifat besar, kompleks dan berfokuskan masyarakat atau orgnisasi. Antara contoh perspektif sosiologi bagi mikro adalah seperti penagihan dadah yang  merupakan pilihan indidividu maka kesan kesihatan fizikal dan mental hanya ke atas individu tersebut. Manakala contoh bagi perspektif sosiologi makro adalah seperti kes jenayah, penyakit berjangkit. kualiti kerja dan pengeluaran, serta pengabaiaan anak-anak yang memberi kesan kepada masyarakat. 

     Sosiologi mempunyai tiga teori utama iaitu Teori Interaksionisme, Teori Fungsionalisme, dan Teori Konflik. Teori Interaksionisme dipelopori oleh George Hervest Mead (1863-1931). Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Teori ini melihat pendidikan dan struktur individu (mikro) seperti interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah. Sebagai contoh, bagaimanana aksi murid apabila berhadapan dengan guru serta bentuk hubungan antara murid dan guru yang dikehendaki. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Teori Fungsionalisme atau dikenali sebagai Teori Konsensus pula dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Beliau berpendapat masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi tersebut adalah seperti perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat. 

     Seterusnya, Teori Konflik, dipelopori oleh Karl Max (1881-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864-1920). Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik ini berlaku antara kelas sosila berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan. Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. manakala mengikut aliran Weber, beliau berpendapat konflik antara kelas soial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi beliau idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat. Teori konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kiasannya. Dalam erti kata lain, pandangan individu tidak diutamakan. 



PENDIDIKAN?...😕

Menurut ahli falsafah Barat iaitu John Dewey, pendidikan ialah satu prosesperkembangan individu. Manakala, Syed Muhhamad Quth mengatakan pendididkan ialah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan merupakan proses pemindahan secara formal dan tidak formal seperti kemahiran, pengetahuan dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hassan, 2006). 

     Jika sosiologi bermaksud kajian sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut, sosiologi pendidikan pula bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matalamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antara matlamat pendidikan di negara kita Malaysia adalah untuk sosiolisasi. pemilihan, pembudayaan, pelaburan, pembinaan negara bangsa dan perkembangan potensi diri. 

   Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan dididik. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk potensi, bakat dan sahsiah murid-murid. 



PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...