Rabu, 15 Mei 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seorang watak daripada kumpulan N. Watak tersebut ialah Cik Izazol, ehh 😆. Sebelum saya mengulas watak dan perwatakan classmate yang dipilih eloklah saya mengulas watak dan perwatakan pensyarah kami iaitu Cik Izazol. Beliau seorang yang bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata kadang-kadang tidak juga. Beliau banyak gelak dan suka bergurau senda dan inilah yang menjadi tarikan untuk saya hadir setiap kuliah. Beliau banyak berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai seorang guru. Sepanjang saya mengikuti kuliah sedikit pun beliau tidak memarahi kami, sukar nak dapat pensyarah yang sporting and the best macam Cik. 💖 Terima kasih untuk ilmu yang diturunkan semoga Cik sihat dan gelaklah selalu 😂

     Baiklah, beralih kepada watak dalam kelas saya memilih seseorang yang telah saya kenali sebelum ini. Di sini saya memilih seorang perempuan yang bernama Potia Latai Kho. Potia seorang gadis yang kecil molek cili api. Dia berkaca mata, berambut paras siku yang jarang diikat. Potia adalah kacukan Iban dan Cina. Dia berasal daripada Bintulu, Sarawak. Saya memilih dia kerana dia merupakan roomate saya. Selain itu saya memilih Potia disebabkan saya berasa seronok dapat belajar satu kelas dengan rakan sebilik. Ketika di dalam kelas iaitu kelas KPS2014 Pengurusan Pembelajaran, dia agak pendiam dan kurang bercakap berbanding di rumah dia lah yang banyak bercakap. 

     Bagi saya Potia seorang yang baik, rajin dan mempunyai ramai kawan. Dia suka menolong orang yang berada dalam masalah seperti saya. Dia juga selalu mengambil berat akan kawan-kawannya misalnya, dia selalu bertanya sudah makan dan sebagainya. Dalam erti kata lain seorang yang caring juga. saya berasa untung mempunyai kawan seperti Potia. Sekian itu sahaja yang dapat saya ulaskan. Terima kasih. 😅😄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...