Sosialisasi merupakan satu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga atau budaya.
Sosialisasi terbahagi kepada tiga jenis sosialisasi normal iaitu primer/permulaan, sekunder/penyertaan, dan resosialisasi. Sosialisasi primer adalah proses pembelajaran yang berlaku dalam keluarga misalnya, kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran, motor, dan penaakulan. Seterusnya sosialisasi sekunder adalah proses pembelajaran yang berlaku di luar lingkungan keluarga misalnya, pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru dan media massa. Manakala resosialisasi pula merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai yang sedia ada. Dalam pendidikan di Malaysia , sosialisasi adalah matlamat utama di mana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan.
Interaksi dan pembelajaran dinamika dalam bilik darjah amat patut dititikberatkan. Dalam dinamika kumpulan, guru berperanan mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Guru patut memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan dan membimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini.
Interaksi adalah proses saling bertindak /berhubung antara dua atau beberapa pihak. Misalnya, interaksi dua pihak adalah interaksi seorang guru dengan seorang muridnya manakala interaksi beberapa pihak seperti interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Konsep interaksi juga terbahgi kepada dua iaitu interaksi lisan dan bukan lisan.
Terdapat tiga jenis utama interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan.
Interaksi Sehala/Pasif |
Interaksi Dua Hala |
Interaksi Kumpulan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan