Ahad, 5 Mei 2019

PENGURUSAN MURID


Sinar Harian, Oktober 2015
Keratan akhbar yang bertajuk "Bantu Murid-murid Berkeperluan Khas" diperoleh daripada akhbar Sinar Harian, Oktober 2015. Tajuk keratan di atas amat berkait rapat dalam topik kelima iaitu Pengurusan Murid

     Murid berkeperluan khas merupakan murid istimewa yang tergolong dalam Kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya keperluan biasa seseorang individu. Dalam keratan akhbar di atas, pihak Yayasan Pahang memperkenalkan Program Peningkatan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Murid Pendidikan Khas (Prkasih). Menurut Pengurus Besar Yayasan Pahang, Mahmud Mohd Nawawi, program yang pertama dianjurkan ini akan dijadikan sebagai platform dalam penglibatan Yayasan Pahang untuk menjadi medium terbaik dalam membantu melahirkan murid berkeperluan khas yang cemerlang.

     Dalam Pengurusan Murid, bantuan pembelajaran telah disentuh seperti yang digariskan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Elaun Murid Berkepeluan Khas (EMK). Dalam portal rasmi KPM, elaun ini berupa bantuan khusus di mana EMK mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di kolej Vokasional dan yang mempunyai kad OKU. Kadar elaun yang diberi adalah sebanyak RM50 sebulan kali 12 bulan. Elaun tersebut disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidkan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada jabatan Pendidikan Negeri, seterusnya JPN akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.

     Rumusannya di sini, melalui pengurusan murid di sekolah pihak sekolah boleh memastikan murid-murid yang memerlukan bantuan khas. Tanpa pengurusan murid di sekolah murid-murid yang berkeperluan khas tidak akan mendapat bantuan/elaun yang sepatutnya maka akan menyukarkan mereka menimba ilmu di sekolah.


Sekian ... 😎👍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...