"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah", saya amat bersetuju dengan tajuk keratan akhbar yang dinyatakan di atas. Hal ini demikian kerana penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar kini sekolah semakin berleluasa.
Menurut Lampira A dalam senari pekeliling PPDa KPM terdapat panduan untuk mengenali seseorang penagih dadah iaitu;
- perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
- meradang tidak tentu sebab dan tidak bermaya
- mengelakkan diri daripada tanggungjawab
- perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya
- kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri
- tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan dan yang dimiliki
- hilang selera makan, kurang berat badan, mata berair atau redup
- parut atau bekas suntikan di lengan
- mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang
- suka meminjam wang dari kawan atau mencuri barang yang boleh dijual.
Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain.
Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan