Jumaat, 3 Mei 2019

KAJIAN PENGURUSAN & PEMBELAJARAN


Pengurusan? 💭👇

Pengurusan merupakan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1884). Menurut Robins (1984), pengurusan merupakan satu proses mendapatkan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Antara kepentingan pengurusan adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendpatkan keredaan Tuhan. 

     Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan yang aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden, 2003). Dalam pengurusan bilik darjah terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran, tingkah lau dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan kepada guru, bahan, dan pelajar. Strategi berpusatkan guru adalah satu strategi di mana guru menguasai proses pengajaran dan pembalajaran contohnya kuliah, penghafalan, menyalin nota dan membuat latihan yang diberi oleh guru. Manakala strategi berpusatkan bahan pula guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, peralatan saintifik dan lain-lain untuk menjalankan pengajaran. Strategi pengurusan pembelajaran yang berpusatkan pelajar pula pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. 


 

     Pengurusan sekolah pula mempunyai organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Kumpulan sasarannya juga manusia seperti kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi, dan sosial.Pengurusan sekolah mengandungi pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan sumber,pengurusan tingkah laku/disiplin, pengurusan penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyarakat, dan pengurusan kokurikulum.

     Menurut Shahabuddin et al., (2006), prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah.Antara prinsip pembelajaran adalah kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid, dan unsur dorongan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar adalah kematanagn fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran, dan pengalaman sedia. Terdapat dua jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat yang melibatkan usaha mengenal ransangan, mengelaskan ransangan, membina konsep dan membina prinsip. Proses pembelajaran dimulakan dengan penanggapan iaitu membentuk persepsi terhadap ransangan diterima pancaindera. Matlamat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekirangnya berguna. Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat. Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang akan dilupakan. Sekiranya pengalaman tersebut diproses selalu ditokok tambah dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan.


Sekian...😦😵

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...