"Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing..." merupakan petikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015 yang menyokong tajuk kertan akhbar di atas. Kesamarataan yang dimaksudkan di atas adalah dari segi pelbagai budaya dan pelbagai upaya. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 2013) Bhgn. 3, 'pendidikan khas' ertinya pendidikan bagi muird berkeperluan khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program pendidikan Khas Inklusif (PPKI) pada peringkat pendidikan pra sekolah,rendah, menengah atau lepas menengah (Mohd Nasir, 2016).
Dalam sekolah pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bilik darjah biasa atau kelas perdana. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.
Seterusnya, pelajar bermasalah pembelajaran juga boleh pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber juga merupakan seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat membina pengajaran individu serta berkerjasama secara efetif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.
Selain itu, mereka juga ditempatkan di dalam bilik darjah berasingan dalam kelas yang berasingan. Bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil, selalunya tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa. Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Menurut Heward (2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di kelas perdana. kerana persaingan di kelas perdana memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas perdana.