Rabu, 15 Mei 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seorang watak daripada kumpulan N. Watak tersebut ialah Cik Izazol, ehh 😆. Sebelum saya mengulas watak dan perwatakan classmate yang dipilih eloklah saya mengulas watak dan perwatakan pensyarah kami iaitu Cik Izazol. Beliau seorang yang bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata kadang-kadang tidak juga. Beliau banyak gelak dan suka bergurau senda dan inilah yang menjadi tarikan untuk saya hadir setiap kuliah. Beliau banyak berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai seorang guru. Sepanjang saya mengikuti kuliah sedikit pun beliau tidak memarahi kami, sukar nak dapat pensyarah yang sporting and the best macam Cik. 💖 Terima kasih untuk ilmu yang diturunkan semoga Cik sihat dan gelaklah selalu 😂

     Baiklah, beralih kepada watak dalam kelas saya memilih seseorang yang telah saya kenali sebelum ini. Di sini saya memilih seorang perempuan yang bernama Potia Latai Kho. Potia seorang gadis yang kecil molek cili api. Dia berkaca mata, berambut paras siku yang jarang diikat. Potia adalah kacukan Iban dan Cina. Dia berasal daripada Bintulu, Sarawak. Saya memilih dia kerana dia merupakan roomate saya. Selain itu saya memilih Potia disebabkan saya berasa seronok dapat belajar satu kelas dengan rakan sebilik. Ketika di dalam kelas iaitu kelas KPS2014 Pengurusan Pembelajaran, dia agak pendiam dan kurang bercakap berbanding di rumah dia lah yang banyak bercakap. 

     Bagi saya Potia seorang yang baik, rajin dan mempunyai ramai kawan. Dia suka menolong orang yang berada dalam masalah seperti saya. Dia juga selalu mengambil berat akan kawan-kawannya misalnya, dia selalu bertanya sudah makan dan sebagainya. Dalam erti kata lain seorang yang caring juga. saya berasa untung mempunyai kawan seperti Potia. Sekian itu sahaja yang dapat saya ulaskan. Terima kasih. 😅😄

PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah", saya amat bersetuju dengan tajuk keratan akhbar yang dinyatakan di atas. Hal ini demikian kerana penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar kini sekolah semakin berleluasa.

     Menurut Lampira A dalam senari pekeliling PPDa KPM terdapat panduan untuk mengenali seseorang penagih dadah iaitu;
- perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
- meradang tidak tentu sebab dan tidak bermaya
- mengelakkan diri daripada tanggungjawab
- perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya
- kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri
- tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan dan yang dimiliki
- hilang selera makan, kurang berat badan, mata berair atau redup
- parut atau bekas suntikan di lengan
- mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang
- suka meminjam wang dari kawan atau mencuri barang yang boleh dijual.


     Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain. 

     Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana  dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.



Selasa, 14 Mei 2019

PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN


PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Berikut ialah bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah,

     Di sekolah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah misalnya faktor kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faltor dalaman adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Berikut adalah hubungan tiga dimensi sekolah-ibu bapa-komuniti dalam mencapai matlamat sekolah,

     Hubungan tiga dimensi antara sekolah,ibubapa, dan masyarakat dapat membentuk perkongsian pintar kerana dapat mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dann gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Antara kepentingan perkongsian ini adalah, masyarakat dan sekolah salin memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyaralat merupakan masalah sekolah juga, dan budaya adalah hak masyarakat. Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG) di mana ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pecapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.


PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...