PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan PSS sebagai pusat sumber sekolah bercirikan abad ke-21 di Malaysia. Pelantikan GPM (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 bertarikh 18 Julai 2005 – Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media) merupakan satu usaha kementerian untuk memantapkan pengurusan PSS. Bagi memperkasa pusat sumber sekolah, 3 elemen/unsur yang perlu ditekankan dalam PSS ialah ruang pembelajaran, teknologi, dan kandungan. Bagi elemen ruang, contoh ruang yang boleh disediakan ialah ruang membaca terbuka, ruang diskusi, ruang akses, ruang permainan pembelajaran, ruang bacaan riadah, dan ruang pembelajaran. Manakala elemen bagi teknologi seperti komputer atau capaian internet, radio/tv pendidikan, e-book/e-journal, dan laman web pusat sumber sekolah yang mempunyai banyak pautan. Seterusnya, elemen kandungan iaitu mengandungi bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang sesuai dengan murid.
Walaupun buku masih memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran, teknologi digital menawarkan laluan tambahan untuk pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan. Murid dan guru memerlukan tempat yang menggalakkan pembelajaran dan pembinaan pemahaman daripada pelbagai sumber. Ruang umum mesra dapat menggalakkan penerokaan, penciptaan dan kerjasama antara murid, guru dan masyarakat secara lebih luas. PSS mewujudkan ruang tanpa halangan dan ruang fleksibel supaya murid berkumpul dan melibatkan diri dalam kegiatan pembelajaran.
Bagi mencapai pusat sumber sekolah yang berkesan dan beroptimum, pusat sumber tersebut hendaklah mempunyai ciri-ciri tersebut;
- Penggunaan
- Kewangan
- Kepimpinan
- Kemudahan fizikal
- Tenaga manusia
- Koleksi Bahan
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 👇✌
Sinar Harian, 2016
Keratan akhbar di atas pula berkaitan dengan Buku Teks yang merupakan salah satu daripada Pengurusan Sumber iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Dalam keratan akhbar di atas, selama 18 bulan atau satu tahun setengah diperlukan untuk menghasilkan buku teks yang berkualiti kepada sekolah-sekolah. Oleh itu, penjagaan buku teks oleh murid-murid harus ditekankan kerana penghasilannya untuk mengganti buku teks yang rosak mengambil masa yang lama.
Kualiti yang dimaksudkan di sini adalah seperti susunan kuras yang lengkap, tepat dan bercetak, muka surat yang bercetak, kualiti kertas, teks dan warna yang jelas serta sekata. Walau bagaimanapun, murid juga menerima buku yang rosak ketika proses penyerahan buku teks kepada murid-murid misalnya kerosakan dari segi muka surat tertanggal, kulit tertanggal atau koyak, dan muka surat hilang atau koyak. Keadaan buku teks begini bukan seratus peratus kesilapan dari pihak yang menghasilkan buku teks tetapi kemungkinan disebabkan keadaan bilik stor buku teks di sekolah yang tidak teratur. Oleh itu, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) di sekolah hendaklah dijaga dengan baik, kemas dan teratur demi penjagaan buku teks yang baik.
Antara langkah atau cara untuk menjaga dan menceriakan BOSS di sekolah adalah menubuhkan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), menubuhkan Klinik Buku Teks, penyeliaan buku teks di tangan murid, melakukan peringatan berkala kepada murid, mengadakan kempen buku teks, membina kaunter aduan pelanggan/SPBT. Bagi Kelab SPBT, biro-biro seperti biro keceriaan, rekod dan data, seliaan, dan pengurusan patut ditubuhkan bagi melancarkan aktiviti dalam bilik BOSS sekaligus menjaga buku teks. Klinik Buku Teks juga penting kerana mampu memberi perkhidmatan membalut dan membaik pulih buku teks yang telah rosak. Kaunter aduan pelanggan/SPBT juga patut ditubuhkan kerana ia merupakan platform untuk para murid membuat aduan penemuan, kehilangan mahupun kerosakan buku teks. Dari segi peringatan berkala, pihak sekolah boleh menjalankan minggu SPBt, mengubah lagu SPBT, serta menyentuh berkaitan buku teks semasa perhimpunan sekolah.
Di bawah disertakan beberapa maklumat mengenai SPBT 👀👇
Tiada ulasan:
Catat Ulasan