Sabtu, 4 Mei 2019

KEPIMPINAN & ORGANISASI

Utusan Online, Oktober 2015


Keratan di atas diperoleh daripada Utusan Online yang bertajuk "Kempimpinan Berkesan Dalam Organisasi Sekolah". Tajuk keratan akhbar Utusan Online ini amat berkaitan dengan topik keempat dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Kepimpinan & Organisasi. 

     Dalam keratan tersebut kelihatan Menteri Besar, Dato Seri Mohamad Hassan menghadiri Majlis Temu Mesra Sekolah Menengah Tungku Ampuan Durah (STAD) di Seremban, Negeri Sembilan. Ketika berucap dalam majlis itu, Dato Seri Mohamad Hassan menjelaskan, menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. Sesebuah sekolah itu harus diurustadbir dengan baik. Caranya semestinya menerusi kepimpinan atau organisasi yang baik serta berkesan.

     Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesbuah organisasi. Menurut Tannenbaun dan Schmidt (1958) dalam Nursya'bani Purnama (2003), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Beliau mencadangkan seseorang pemimpin hendaklah memikirkan tiga daya pengerak sebelum memilih sesuatu haya kepimpinan iaitu daya pengerak dalam pemimpin, daya pengerak dalam diri pekerja atau pengikut, dan daya pengerak berdasarkan situasi. Bermakna dalam konteks sokolah seseorang pemimipin perlu mebuat jangkaan tentang gaya yang bakal digunakan supaya guru-guru di sekolah dapat bekerja dengan berkesan terutama bagi memastikan misi dan visi Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) dapat direalisasikan. Misalnya jika menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, guru-guru perlu bekerjasama dan berkongsi fikiran, penegalaman dan kepakaran dalam mengurus panitia yang dianggap sebagai medan menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dan meningkatkan motivasi mereka.

     Justeru, melalui perbincangan di atas kepimpinan dan organisasi yang sistematik di sekolah begitu penting bagi melancarkan semua gerak kerja dalam sesebuah sekolah. Kepimpinan dan organisasi yang teratur juga memberi impak terhadap kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...