Berita Harian, Ogos 2014 |
Bimbingan di sini bermaksud suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Manakala, menurut Zuraidah (1994), penasihatan berpendapatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).
Bimbingan dan Penasihatan dengan Kaunseling sama atau tidak? 😕👇
Baiklah, bimbingan dan penasihatan adalah berbeza dengan kaunseling. Berikut merupakan perbezaan di antara kedua-duanya;
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
|
KAUNSELING
|
Berfokus kepada masalah yang individu hadapi
|
Berfokus kepada individu yang bermasalah
|
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
|
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling
|
Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc berdasarkan keperluan
|
Tindakan yang diambil adalah dirancang secara berstruktur
|
Tindakan yang dipantau oleh penasihat
|
Tindakan dipantau oleh kaunselor
|
Masa yang diambil singkat
|
Lebih banyak masa diperlukan
|
Penolong pada dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong
|
Penolong pada dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan