Keratan akhbar di atas memaparkan tajuk "Ponteng Catat Kes Paling Tinggi" yang amat berkait rapat dengan Pengurusan Disiplin. Menurut Peraturan Keempat dalam Ordinan Pelajaran 1957 (Disiplin Sekolah), Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin pelajar. Manakala, menurut Pekeliling Ikhtisas Bil. 9(1975), mengatakan semua guru hendaklah faham bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah. Di atas merupakan pekeliling yang berkaitan tanggungjawab Guru Besar dan guru-guru mengawal disiplin pelajar disekolah.
Berdasarkan Surat KPM, Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. bagi menjayakan program dan aktiviti di-sama sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan hala tuju yang sama. Contohnya, Pengetua, Guru Penolong Kanan1, Guru Penolong KAnan HEM, Penyelia Petang, Guru-guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/Kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan