New Sabah Times, September 2016 |
Pelaksanaa bilik darjah abad ke-21 sememangnya membantu memperkasa mutu pembelajaran. Hal ini demikian kerana menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2018), garis panduan yang patut dipatuhi oleh guru kelas ada lah seperti berikut;
- kedudukan guru berhampiran dengan murid
- pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
- ruang pergerakan yang selesa
- akses mudah kepada sumber pembelajaran
- penggunaan ruang pada dinding
- wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu
- beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot
- kebersihan
- susunan kerusi meja murid yang fleksibel (tradisional, kumpulan kecil, seminar)
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- mengetahui keberkesanan pengajaran
- merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Gambar-gambar di atas telah menerangkan contoh susunan bilik darjah bagi abad ke-21. Susunan meja kerusi tersebut amat penting bagi memberi keselesaan kepada murid dan guru semasa P&P. Perkara yang paling penting adalah setiap murid hendaklah dapat melihat dengan jelas guru dan papan tulis di hadapan kelas. Ruang sudut pengajaran dan pembelajaran juga harus ada dalam pengurusan bilik darjah. Ruang sudut P&P ini merangkumi ruang belajar, sudut rekod, sudut maklumat, sudut urus diri, peralatan urus diri, sudut time-out, sudut bacaan, sudut pameran, sudut rekreasi, dan peralatan kebersihan bilik darjah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan