Rabu, 15 Mei 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seorang watak daripada kumpulan N. Watak tersebut ialah Cik Izazol, ehh 😆. Sebelum saya mengulas watak dan perwatakan classmate yang dipilih eloklah saya mengulas watak dan perwatakan pensyarah kami iaitu Cik Izazol. Beliau seorang yang bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata kadang-kadang tidak juga. Beliau banyak gelak dan suka bergurau senda dan inilah yang menjadi tarikan untuk saya hadir setiap kuliah. Beliau banyak berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai seorang guru. Sepanjang saya mengikuti kuliah sedikit pun beliau tidak memarahi kami, sukar nak dapat pensyarah yang sporting and the best macam Cik. 💖 Terima kasih untuk ilmu yang diturunkan semoga Cik sihat dan gelaklah selalu 😂

     Baiklah, beralih kepada watak dalam kelas saya memilih seseorang yang telah saya kenali sebelum ini. Di sini saya memilih seorang perempuan yang bernama Potia Latai Kho. Potia seorang gadis yang kecil molek cili api. Dia berkaca mata, berambut paras siku yang jarang diikat. Potia adalah kacukan Iban dan Cina. Dia berasal daripada Bintulu, Sarawak. Saya memilih dia kerana dia merupakan roomate saya. Selain itu saya memilih Potia disebabkan saya berasa seronok dapat belajar satu kelas dengan rakan sebilik. Ketika di dalam kelas iaitu kelas KPS2014 Pengurusan Pembelajaran, dia agak pendiam dan kurang bercakap berbanding di rumah dia lah yang banyak bercakap. 

     Bagi saya Potia seorang yang baik, rajin dan mempunyai ramai kawan. Dia suka menolong orang yang berada dalam masalah seperti saya. Dia juga selalu mengambil berat akan kawan-kawannya misalnya, dia selalu bertanya sudah makan dan sebagainya. Dalam erti kata lain seorang yang caring juga. saya berasa untung mempunyai kawan seperti Potia. Sekian itu sahaja yang dapat saya ulaskan. Terima kasih. 😅😄

PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah", saya amat bersetuju dengan tajuk keratan akhbar yang dinyatakan di atas. Hal ini demikian kerana penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar kini sekolah semakin berleluasa.

     Menurut Lampira A dalam senari pekeliling PPDa KPM terdapat panduan untuk mengenali seseorang penagih dadah iaitu;
- perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
- meradang tidak tentu sebab dan tidak bermaya
- mengelakkan diri daripada tanggungjawab
- perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya
- kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri
- tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan dan yang dimiliki
- hilang selera makan, kurang berat badan, mata berair atau redup
- parut atau bekas suntikan di lengan
- mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang
- suka meminjam wang dari kawan atau mencuri barang yang boleh dijual.


     Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain. 

     Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana  dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.



Selasa, 14 Mei 2019

PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN


PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Berikut ialah bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah,

     Di sekolah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah misalnya faktor kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faltor dalaman adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Berikut adalah hubungan tiga dimensi sekolah-ibu bapa-komuniti dalam mencapai matlamat sekolah,

     Hubungan tiga dimensi antara sekolah,ibubapa, dan masyarakat dapat membentuk perkongsian pintar kerana dapat mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dann gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Antara kepentingan perkongsian ini adalah, masyarakat dan sekolah salin memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyaralat merupakan masalah sekolah juga, dan budaya adalah hak masyarakat. Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG) di mana ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pecapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.


Sabtu, 11 Mei 2019

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


"Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing..." merupakan petikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015 yang menyokong tajuk kertan akhbar di atas. Kesamarataan yang dimaksudkan di atas adalah dari segi pelbagai budaya dan pelbagai upaya. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 2013) Bhgn. 3, 'pendidikan khas' ertinya pendidikan bagi muird berkeperluan khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program pendidikan Khas Inklusif (PPKI) pada peringkat pendidikan pra sekolah,rendah, menengah atau lepas menengah (Mohd Nasir, 2016). 


    Dalam sekolah pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bilik darjah biasa atau kelas perdana. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.  

   Seterusnya, pelajar bermasalah pembelajaran juga boleh pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber juga merupakan seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat membina pengajaran individu serta berkerjasama secara efetif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.


     Selain itu, mereka juga ditempatkan di dalam bilik darjah berasingan dalam kelas yang berasingan. Bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil, selalunya tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa. Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Menurut Heward (2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di kelas perdana. kerana persaingan di kelas perdana memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas perdana. 

   

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Berdasarkan keratan akhbar di atas iaitu "Pendidikan Silang Budaya Erat Hubungan Kaum Patut Disegera" jelas menunjukkan bahawa hubungan tersebut ingin diterapkan atau dijalankan. Pelbagai budaya merupakan sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat menghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkan sumbangan mereka dalam budaya yang inklusif.

      Menurut Saha (1997), pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, tolenransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nialai, keyakinana, dan sikap. Banks (1989) juga mengatakan bahawa pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan, dan proses.

      Antara prinsip pendidikan pelbagai budaya yang berkesan adalah pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap,kurikulum, meliputi tujuan pembelajaran afektif dan kognitif dan populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik setiap indidvidu pelajar. Dasar pendidikan pelbagai budaya adalah Laporan Barnes (19510, Laporan Fenn-Wu (1951) dan Ordinan Pendidikan (1952).


     Sebagai seorang guru, ada pentingnya untuk memahami kepelbagaian budaya dalam pengurusan pendidikan iaitu guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan mengenali budaya yang terdapar dalam Malaysia. Selain itu, dalam konteks profesional kegururan, dangan memahami kepelbagai budaya seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prejudis terhadap diri murid dan guru akan lebih berhemah. Di bawah merupakan kesan kepelbagaian sosiobudaya dari perspektif guru,
     Selain itu, dalam mencapai pendidikan silang budaya seperti yang tertera di keratan akhbar di atas, sekolah boleh melakukan program pelbagai buday di peringkat sekolah melalui pelbagai aktiviti/program. Misalnya Kelab Rukun Negara, Kem Perpaduan, Program Silang Budaya, Kelab Bahasa Ke-3, dan banyak lagi.

Jumaat, 10 Mei 2019

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT


Berita Harian, Ogos 2014
Berdasarkan tajuk keratan akhbar online di atas, guru sememangnya ejen pengubah masyarakat kerana guru bukan sahaja mendidik anak bangsa bahkan berperanan membimbing dan menasihati pelajar dalam apa-apa jua masalah di sekolah. Dalam akhbar tersebut, Prof. Muhaya berkata gur yang diberi kepercayaan untuk mengajar anak-anak penting baginya menonjolkan suri teladan yang baik bagi mencorak anak menjadi manusia yang penuh kebaikan. Justeru gurulah yang bertindak untuk mencorak dan membina sudut fikir seseorang hingga menjadi mnusia yang bersifat rabbani.

     Bimbingan di sini bermaksud suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Manakala, menurut Zuraidah (1994), penasihatan berpendapatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

     Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).

Bimbingan dan Penasihatan dengan Kaunseling sama atau tidak? 😕👇

     Baiklah, bimbingan dan penasihatan adalah berbeza dengan kaunseling. Berikut merupakan perbezaan di antara kedua-duanya;

BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
KAUNSELING
Berfokus kepada masalah yang individu hadapi
Berfokus kepada individu yang bermasalah
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling
Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc berdasarkan keperluan
Tindakan yang diambil adalah dirancang secara berstruktur
Tindakan yang dipantau oleh penasihat
Tindakan dipantau oleh kaunselor
Masa yang diambil singkat
Lebih banyak masa diperlukan
Penolong pada dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong
Penolong pada dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam



PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Harian Metro, September 2016

Berdasarkan keratan akhbar online di atas yang bertajuk "Asid Nitrik Tumpah di Makmal Sekolah" amat berkaitan dengan tajuk ini iaitu Pengurusan Bilik Pembelajaran. Menurut akhbar tersebut didiapati tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal sebuah Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail mengalami keretakan dan berlaku pertumpahan. Hal ini menyebabkan semua pelajar di sekolah itu terpaksa dikeluarkan daripada bangunan.

     Berdasarkan keratan akhbar ini, keselamatan dalam bilik pembelajaran patut diutamakan melalui ciri-ciri berikut,
- papan tanda "LARANGAN", "BAHAYA", "UTAMAKAN KESELAMATAN" yang jelas untuk kawasan mesin/bahan kimia
- stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan.
- tempat pengendalian enjin
- pengudaraan yang cukup
- ruang kerja bersih dan selamat - tiada kesan minyak
- ruang kerja selesa- susun atur perabot


     Bilik pembelajaran merangkumi bilik darjah, makmal sains, bilik PSV, bilik muzik, Makmal ICT, bengkel, dan bilik gynasium. Manakala carta organisasi secra umumnya adalah terdiri daripada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC), Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, Keselamatan, dan Kebersihan & Keceriaan. Bilik pemeblajaran selalunya mempunyai terapeutik, perabot yang sesuai, bahan PdPc, alat PdPc, peralatan mengikut subjek, bahagian pameran, singki, stor & bilik persediaan, poster, dan papan maklumat.

 

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...