Selasa, 14 Mei 2019

PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN


PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Berikut ialah bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah,

     Di sekolah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah misalnya faktor kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faltor dalaman adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Berikut adalah hubungan tiga dimensi sekolah-ibu bapa-komuniti dalam mencapai matlamat sekolah,

     Hubungan tiga dimensi antara sekolah,ibubapa, dan masyarakat dapat membentuk perkongsian pintar kerana dapat mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dann gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Antara kepentingan perkongsian ini adalah, masyarakat dan sekolah salin memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyaralat merupakan masalah sekolah juga, dan budaya adalah hak masyarakat. Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG) di mana ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pecapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS2014

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seora...